Awas Krim Wanita

Petikan dari Harian Metro
http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Sunday/
SakitTuan/20080810110243/Article/indexp_html

KINI ada banyak krim dan losyen yang diketengahkan sebagai krim perapi dan perangsang anggota sulit wanita mengandungi pelbagai ramuan semula jadi.

Sebahagian besar daripada krim dan losyen itu tidak pernah dikaji dan dijual pada harga mahal, walaupun antaranya krim biasa dan mungkin tiada apa-apa bahan aktif.


Ada beberapa krim dan losyen pelembap anggota sulit wanita yang mana penjualannya tanpa segan silu menggunakan nama saya sebagai ‘pelaris’ tanpa memberi apa-apa royalti daripada titik peluh saya yang mengkajinya.

Sebahagian besar daripada krim itu hanya krim tiruan, menggunakan hasil kajian saya yang diambil daripada sumber am tanpa rujukan dan izin saya untuk memasarkannya.

Oleh itu, mustahak untuk saya ketengahkan krim yang saya terbabit secara langsung dan tidak langsung supaya pembaca dapat maklumat yang lebih tepat dan jangan sampai keliru atau tertipu.

Jika ada persoalan elok rujuk kepada saya, lebih lagi jika penjual menggunakan gambar dan nama saya. Saya boleh dihubungi di Damai Service Hospital, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.

‘Krim Harmoni’ yang terdapat di pasaran macam krim yang saya pernah kaji pada hujung 2000. Syarikat yang menjualnya pun sudah muflis. Mungkin krim yang dijual itu bukan krim sebenar.

Bagaimanapun, kajian yang saya lakukan kepada krim asal harmoni ialah untuk mengetahui sejauh mana krim itu dapat mengecutkan faraj yang luas, untuk wanita yang mahu menyempitkan faraj.

Sememangnya faraj akan menjadi sempit, tapi ada banyak kesan sampingan. Saya dapati krim ini mengubah keasidan faraj dan mengakibatkan flora dan fauna faraj berubah dan secara langsung mengakibatkan jangkitan kulat yis.

Selain itu, krim ini tidak boleh digunakan dalam faraj kerana boleh menyebabkan kekeringan dan kerosakan mukosa faraj, selain jangkitan kerana ia bukan dirumuskan sebagai krim faraj. Ia hanya untuk digunakan di bahagian luar.

Jika lama digunakan boleh menyebabkan kekecutan vulva (bibir besar, bibir kecil, klitoris dan bahagian antara bibir kecil) kerana kandungan manjakani yang sebenarnya pengawet kuat dan boleh mengeringkan kulit vulva.

Pada pendapat saya krim Harmoni ini tidak lagi sesuai untuk digunakan kepada anggota sulit wanita kerana kini ada banyak lagi krim yang lebih selamat dan sesuai.

Saya tidak syorkan lagi krim Harmoni ini dan hasil kajian lalu itu sudah tidak memberi apa-apa makna lagi kerana krim ini banyak kesan sampingan.

Saya hanya syorkan krim perapi vulva bernama O’Must yang saya rumuskan sendiri dan jalankan kajian klinikal serta dermatologikal.

Ia didapati selamat dan sesuai sesuai untuk kelembutan dan kegebuan vulva. Krim perapi ini boleh digunakan setiap hari selepas selesai mandi.

Ia ada pelindung semula jadi untuk mencegah kuman, kulat dan kuman virus. Amalan penggunaan krim ini akan membuatkan kulit vulva lembut, segar, terlindung daripada jangkitan kuman, kulat dan kuman virus.

Belai cara Imam Al-Nawawi

Petikan Harian Metro
http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Sunday/SakitTuan/
20080629092655/Article/indexp_html

ADA lelaki mempunyai kedudukan zakar umpama ‘belalai gajah’. Ia kelihatan panjang dan kurus dalam keadaan tidak menegang, tetapi apabila menegang ia ‘gemuk’ atau membesar.

Ada pula lelaki mempunyai zakar yang mengecil dan terbenam jika gemuk, tetapi apabila terangsang ereksi keluar seperti ‘leher kura- kura’.

Jika zakar kerap menegang ia kelihatan pejal dan berisi, tapi jika ereksi jarang berlaku, otot zakar lebih mengecut sehingga ia kelihatan kecil dan tidak bermaya. Bayangkan jika keadaan seperti itu berlaku kepada alat sulit anda.

Ketika masih muda, mungkin anda boleh berbangga kerana keadaan alat sulit lebih mantap dan kelihatan sempurna. Jika umur mencecah 40 tahun ke atas, kedudukan zakar berbeza.

Begitupun, ada jalan untuk memelihara alat sulit anda. Jika mahu alat sulit kelihatan lebih ‘ceria’, lakukan seperti yang disyorkan Imam Al-Nawawi mengenai penjagaan alat sulit lelaki supaya lebih cergas dan bermaya.

Antaranya, membelai penghujung anggota sulit dengan sentuhan lembut menggunakan krim pelembap setiap kali selepas mandi dan sebelum tidur setiap hari.

Melakukan sentuhan yang kerap dapat membina semangat anggota itu, tetapi bukan sentuhan onani!

Saya menjalankan kajian mengenai krim perapi anggota kelamin lelaki bernama VIRILE dan saya dapati ia membantu memejalkan alat sulit yang kecut dalam masa terdekat.

Krim itu menjalani ujian klinikal, kestabilan serta dermatologikal dan didapati selamat serta mujarab.

Selain krim itu, ada pelbagai krim daripada pelbagai jenama dan ramuan yang tidak pernah diuji secara klinikal atau ujian apa tertentu. Ia tidak saya syorkan kerana berbahaya.

Jika tersalah krim, pelbagai masalah boleh berlaku seperti penyakit kulit, kerosakan otot zakar atau kesan sampingan yang lebih serius.

Selain membelai anggota kelamin dengan lembut, anda perlu amalkan gaya hidup sihat. Jaga berat badan, elak merokok, tidak minum minuman keras dan lakukan senaman berkala.

Senaman dapat menyegarkan badan dan mengekalkan tahap hormon testoterone dan hormon tumbesaran. Senaman dan penjagaan tubuh dapat mengurangkan lemak badan, yang mana lebihan lemak di perut mengakibatkan anggota kelamin terbenam.

Syor guna krim sudah diuji

Petikan Harian Metro
http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Sunday/SakitTuan/
20070729092536/Article/indexp_html

SAYA mengalami kemelecetan ketika bersama dengan isteri di leher kepala zakar. Ini menyebabkan keadaan yang sangat tidak selesa bagi saya, terutama apabila bahagian itu berdarah. Bagaimana saya ingin mengatasi masalah ini? Ada produk di pasaran dikenali sebagai Sure UP. Saya ingin pendapat mengenai krim ini?

FIRDAUS
Klang

Kekeringan kulit di penghujung zakar jarang berlaku. Jika kulit itu menegang, menebal dan kering, ia boleh merekah dan berdarah.

Kulit yang radang akibat alahan atau jangkitan akan menebal dan jika kering ia mengelupas dan menggerutu.

Jika geselan dilakukan, sudah tentu ia pecah dan mengeluarkan darah. Kadangkala kemelecetan boleh berlaku apabila kulit nipis dan kebetulan jika geselan dilakukan tanpa kelembapan jika faraj kurang pelicin semulajadi, maka kemungkinan kemelecetan boleh berlaku.

Dalam hal ini mustahak untuk si lelaki menggunakan pelicin sebelum bersetubuh. Jika perkara itu kerap berlaku, elok jumpa doktor.

Mengenai krim pada zakar, saya tidak pernah menjalankan ujian klinikal ke atas Sure-Up. Jadi saya tidak tahu. Untuk saya, jika belum ada kajian, saya tidak akan pakai.

Saya syorkan krim penjagaan anggota kelamin lelaki yang ada dalam pasaran Malaysia dikenali sebagai Virile Cream For Men. Krim ini sudah diuji dan didapati dapat mengukuhkan struktur dalaman anggota sulit lelaki dan kesejahteraan anggota sulit.

Ia bukan krim seks. Krim ini mendapat pendaftaran FDA (Federal Drug Authority,USA) sebagai krim penjagaan badan dan hasil kajian mengenai krim ini dibentang di Bali pada Mei lalu ketika Konferensi Aging Male Asia Barat.

Impak khas berasmara

Petikan Harian Metro
http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Sunday/SakitTuan/
20080217105814/Article/indexp_html

SEORANG pembaca membangkitkan persoalan berhubung senaman Kegel. Menurut pembaca itu, kemutan demi kemutan yang dilakukan ketika ketegangan untuk memadatkan dan memberi impak khas akan lebih memberi rangsangan kepada zakar dan membuatkan air mani keluar tanpa dapat ditahan lagi.

Menurut lelaki itu, selepas berhenti berdayung, kepala zakarnya masih mengembang dengan sendirinya. Dan, apabila dayungan dilakukan semula, dorongan hanya dapat dilakukan di antara 10 ke 20 kali, baik dalam keadaan laju, perlahan, separuh atau tusukan penuh, sebelum pancutan.

Pembaca terbabit turut membangkitkan masalah kulit kulupnya yang tidak dijahit kerana bersunat secara kampung, menyebabkan zakarnya tidak selesa ketika kendur.

Sebenarnya, senaman Kegel khusus untuk memantapkan otot lantai pelvis atau otot kemut yang sering dikaitkan dengan wanita. Jika otot kemut kukuh, pembukaan faraj, usus besar dan lubang kencing menjadi kukuh.

Ia juga dapat mengawal pembukaan salur itu, selain mengawal pengeluaran najis dan kencing serta kemasukan ereksi lelaki dalam faraj.

Senaman ini secara kebetulan dapat membantu mengukuhkan benteng pangkal zakar yang terletak di bawah otot lantai pelvis atau otot kemut.

Jika otot kemut dicengkam ketika ereksi berlaku, ereksi menjadi kukuh, mengeras dan penghujung zakar mengembang.

Pangkal zakar menjadi lebih keras dan padat serta mudah menyalurkan ereksi ke dalam faraj ketika hendak melakukan seks penetratif.

Apabila tusukan dan dayungan zakar dilakukan dengan menggeselkan penghujung zakar ke dalam faraj, bahagian yang sensitif itu terangsang dan lelaki itu mudah mencapai ejakulasi.

Jika pangkal zakar saja yang menggesel pangkal faraj yang mana untuk lelaki pangkal zakar tidak sensitif, tapi pangkal faraj lebih sensitif (kedudukan G-Spot, tiga sentimeter dari pembukaan faraj di bahagian langit faraj) dan berdekatan klitoris, ereksi lelaki itu kekal walaupun wanita itu mudah mencapai klimaks.

Dayungan pangkal zakar ke pangkal faraj di bahagian langit faraj mengakibatkan rangsangan kepada kedua-dua bahagian anggota sulit wanita yang sensitif itu dan memudahkannya mencapai klimaks dan apabila lelaki itu hendak mencapai ejakulasi, baru dia mendayung secara menusuk penghujung ereksi untuk mendapat rangsangan yang memudahkan dia mencapai ejakulasi.

Sudah tentu jika dia hendak cepat klimaks dia boleh lakukan tusukan dengan mengemut sambil menusuk, seperti yang anda lakukan itu, semakin cepatlah klimaks.

Senaman kemut boleh dilakukan pada bila-bila masa, tetapi bukan ketika hendak bersetubuh. Ketika bersetubuh, kekuatan ereksi digunakan untuk mengawal ejakulasi.

Kulit penghujung anggota sulit lelaki yang terdedah itu kelihatan semacam ada biji putih mengelilinginya.

Itu normal, kulit penghujung kulup yang dipotong secara tradisional kelihatan renggang, seolah-olah tidak sihat.

Ini hanya gambaran kerana sebenarnya kulit itu berbentuk seperti itu dan tidak perlu diubah suai seperti dipotong dan dicantum kembali kerana ini boleh memendekkan kulit dan zakar kelihatan kecil ketika ereksi nanti.

Saya cadangkan anda teruskan senaman kemut dan jika hendak membelai anggota sulit dengan krim pelembap, pastikan anda guna krim pelembap dan perapi khusus untuk anggota sulit lelaki iaitu krim ‘virile’ untuk lelaki yang diuji secara klinikal dan didapati dapat memberi keyakinan dan kesegaran anggota yang sensitif itu.

Organ sulit tidak normal

Petikan dari Harian Metro
http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Sunday/SakitTuan/
20070805120251/Article/index_html

SAYA berusia 20 tahun dan mengalami masalah zakar termasuk ke dalam badan dan tidak kelihatan normal. Pada waktu pagi, zakar saya menegang secara tiba-tiba. Apakah masalah saya sebenarnya dan apa perlu saya lakukan?

JOEY
Kuala Lumpur

Lelaki gempal sudah tentu mempunyai banyak lemak di bahagian tundun, menyebabkan anggota sulitnya kelihatan terbenam dan kadangkala tidak kelihatan langsung. Ini biasa bagi mereka yang bersaiz besar, terutama jika suka memakai pakaian dalam yang ketat.

Untuk pastikan zakar dan buah zakar tidak terbenam secara ketara dalam lemak tundun, lebih baik jangan berpakaian dalam langsung. Jika hendak pakai juga, pastikan yang longgar seperti ‘boxer shorts’.

Berikutan ereksi pagi anda masih kelihatan, anda tidak perlu khuatir mengenai kemampuan ereksi anda kerana ia masih kekal. Jika anda mahu kesihatan anggota sulit anda terus kekal dan mantap, jangan pakai pakaian dalam.
Selain itu, lakukan senaman secara berkala dan kawal makanan supaya lemak menurun dan tahap hormon Testosterone anda mantap dan ada pada paras tinggi mengikut usia anda anda.

Amalkan gaya hidup sihat seperti berhenti merokok dan jangan minum minuman keras. Jika hendak pakai krim penjagaan kesihatan anggota sulit saya, syorkan krim Virile For Men. Itu saja krim yang diuji keberkesanannya.