Amal Krim

TIDAK ramai lelaki mengamalkan penggunaan krim pelembap alat sulit sebagai kaedah penjagaan kesihatan. Kulit anggota sulit mudah kering dan perlu kelembapan berterusan. Oleh itu, krim pelembap sesuai untuk menjaga kelembutan kulit dan mengelak kekeringan.

Pelembap semula jadi dihasilkan pepundi kulit. Kadangkala pelembap semula jadi hilang apabila anggota sulit kerap dibersihkan dengan sabun biasa.

Jadi, kulit yang kurang pelembap menjadi kering dan gatal. Untuk mengurangkan kegatalan, lelaki disyor menggunakan krim atau losyen pelembap. Tidak perlu beli yang mahal, kini ada krim khusus untuk anggota sulit, semata-mata untuk tujuan belaian dan keselesaan anggota sulit.

Krim dimaksudkan ialah krim ‘virile for men’ yang ada dalam pasaran. Krim ini sudah diuji dan didapati mampu meningkatkan pengawasan anggota sulit, selain menjaga kesihatan kulit dan kekukuhan struktur dalaman anggota sulit melalui kandungan ekstrak herba dan lemak ikan belacak.

Sesetengah orang terasa panas pada peringkat awal menggunakan krim ini. Ini tidak memudaratkan. Selain krim ini, ada krim dan minyak lain yang tidak pernah menjalani ujian dan mungkin tidak memberi kebaikan.

Sesetengah minyak yang mengandungi lintah didapati mengakibatkan alahan kulit dan pendarahan berterusan jika digunakan selalu. Ini kerana kandungan bahan kimia hirudin yang mencairkan darah beku dan mengakibatkan pendarahan sukar berhenti, lagipun kosnya tinggi.

Untuk kelembutan dan keselesaan kulit, mana-mana losyen atau krim pelembap boleh digunakan. Namun jangan mudah terpengaruh dengan iklan bukan-bukan mengenai penggunaan krim atau minyak untuk anggota sulit, tanpa merujuk kepada doktor. Ada banyak penjual krim dan minyak menggunakan nama doktor tanpa pengetahuan doktor terbabit.

Petikan dari Harian Metro
http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Sunday/SakitTuan/
20080615100530/Article/indexp_html