Takut kahwin

Petikan Harian Metro

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Sunday/SakitTuan/
20080622133905/Article/indexp_html

SAYA berumur 24 tahun. Masalah saya ialah, zakar saya menegang maksimum ke atas, membuatkan ia sakit dan kadangkala luka.

Saya berpendapat ia disebabkan kulit zakar saya dipotong terlalu banyak ketika berkhatan dulu. Ini menyebabkan saya berasa rendah diri dan takut untuk berkahwin.
ZAIDI

Melaka

Satu risiko berkhatan awal ialah kulit penghujung zakar terpotong lebih dan jarang kali kurang. Jika terlebih, tentu zakar tidak dapat memanjang kerana kulit tidak cukup. Jika terpotong pendek, masih ada kulit dan sukar hendak dibersihkan.

Sebenarnya, kulit zakar jenis kulit yang tidak berlemak, ia hanya mengandungi tisu pengembang. Lagipun, kulit zakar jenis kulit yang licin dan tidak menggerutu.

Ia tidak mudah mengering, kecuali bahan pelembap semula jadi kulit kurang. Jarang kulit zakar radang akibat terdedah dengan jangkitan atau bahan pengering seperti sabun kosmetik, ia boleh mengakibatkan kulit kering dan kulit boleh merekah.

Saya syorkan anda menggunakan bahan pelembap kulit tiga kali sehari disapu ke kulit penghujung zakar. Itu mencukupi dan gunakan selepas mengeringkan badan selesai mandi.

Jangan guna krim atau minyak sebarangan, bimbang ia merosakkan kulit. Krim virile sesuai tapi perlu menggunakannya sedikit dan jika luka, perlu hentikan penggunaannya kerana boleh mengakibatkan kepedihan.