Organ sulit tidak normal

Petikan dari Harian Metro
http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Sunday/SakitTuan/
20070805120251/Article/index_html

SAYA berusia 20 tahun dan mengalami masalah zakar termasuk ke dalam badan dan tidak kelihatan normal. Pada waktu pagi, zakar saya menegang secara tiba-tiba. Apakah masalah saya sebenarnya dan apa perlu saya lakukan?

JOEY
Kuala Lumpur

Lelaki gempal sudah tentu mempunyai banyak lemak di bahagian tundun, menyebabkan anggota sulitnya kelihatan terbenam dan kadangkala tidak kelihatan langsung. Ini biasa bagi mereka yang bersaiz besar, terutama jika suka memakai pakaian dalam yang ketat.

Untuk pastikan zakar dan buah zakar tidak terbenam secara ketara dalam lemak tundun, lebih baik jangan berpakaian dalam langsung. Jika hendak pakai juga, pastikan yang longgar seperti ‘boxer shorts’.

Berikutan ereksi pagi anda masih kelihatan, anda tidak perlu khuatir mengenai kemampuan ereksi anda kerana ia masih kekal. Jika anda mahu kesihatan anggota sulit anda terus kekal dan mantap, jangan pakai pakaian dalam.
Selain itu, lakukan senaman secara berkala dan kawal makanan supaya lemak menurun dan tahap hormon Testosterone anda mantap dan ada pada paras tinggi mengikut usia anda anda.

Amalkan gaya hidup sihat seperti berhenti merokok dan jangan minum minuman keras. Jika hendak pakai krim penjagaan kesihatan anggota sulit saya, syorkan krim Virile For Men. Itu saja krim yang diuji keberkesanannya.