Krim Perapi Anggota Kelamin Wanita. Wanita Perlu Berwaspada
Dr. Mohd Ismail Tambi
Pakar Kesihatan Seksual Lelaki dan Perempuan
Damai Service Hospital
Kini terdapat banyak krim losyen yang diketengahkan sebagai krim perapi dan perangsang anggota sulit wanita yang mengandungi pelbagai ramuan semulajadi. Sebahagian besar dari krim dan losyen tersebut diketengahkan sebagai krim pelangsing atau pengetat anggota sulit perempuan dan pengakuan ini tidak pernah dikaji dan ia dijual dengan harga yang mahal, walaupun pada hal ia hanya mengandungi krim biasa dan mungkin tiada apa-apa bahan aktif. Jika krim atau losyen ini mengandungi bahan yang tidak sesuai dengan mukosa anggota sulit wanita sudah tentu alahan boleh berlaku dan anggota sulit boleh radang dan dalam keadaan ini kulit anggota sulit akan menjadi lemah dan mudah untuk kuman memasukinya dan mengakibatkan jangkitan yang ketara. Yang amat mengkhuatirkan ialah kebanyakan krim dan losyen ini diketengahkan sebagai krim 'vagina' atau faraj dan menyapunya dalam faraj dan mengakibatkan perubahan kepada tahap keasidan dan perubahan kepada kandungan bakteria semulajadi yang berfungsi sebagai pelindung faraj akan tergendala akibat kesan krim tersebut. Jadi jika krim dan losyen ini tidak dirumuskan dengan baik supaya dapat disesuaikan dengan mukosa faraj masalah faraj atau vagina boleh berlaku seperti vaginitis mithalnya. Ini akan mengganggu hubungan keintiman seksual denagn pasangan.
Terdapat beberapa krim dan losyen pelembap anggota sulit wanita yang menggunakan nama doktor ternama yang padahalnya doktor itu pun tidak ketahui tentang krim tersebut. Kadangkala pengusaha krim vagina menggunakan kajian doktor yang dilakukan untuk krim lain, untuk mengetengahkan krim mereka untuk meraih keuntungan yang padahalnya krim vagina yang mereka jual itu tiada kaitan dengan kajian doktor itu. Sebahagian besar dari krim itu hanya krim tiruan, menggunakan hasil kajian yang diambil dari sumber am tanpa rujukan dan izin pengkaji untuk memasarkannya. Oleh kerana banyak dari pengusaha krim anggota sulit wanita menggunakan nama saya maka menjadi kewajipan saya untuk saya ketengahkan krim perapi anggota sulit perempuan yang saya terlibat secara langsung supaya tidak keliru dan tertipu. Jika para pembaca ada persoalan elok rujuk kepada saya, lebih lagi jika penjual menggunakan gambar dan nama saya. Jangan mudah terpengaruh. Saya boleh dihubungi melalui email dr_tambi@yahoo.com.
Krim perapi anggota sulit ialah pendekatan baru dalam penjagan kesihatan fungsi anggota sulit bahagian luar perempuan. Anggota sulit bahagian luar perempuan dikenali sebagai 'vulva'. Vulva terdiri dari tundun, bibir besar, bibir kecil, klitoris dan bahagian antara bibir kecil yang dikenali sebagai vestibule. Bahagian vestibule mudah lembap dan sensitif dan jika krim atau losyen yang tidak sesuai terkenanya, bahagian itu akan radang. Jadi mana-mana pihak yang bercadang untuk mengusahakan krim perapi anggota sulit wanita itu perlu melakukan ujian yangs sesuai sebelum ia dipasarkan sebagai krim sulit perapi anggota sulit perempuan. Saya telah merumuskan krim perapi anggota sulit perempuan yang serba indah, mengikut pandangan Imam Al-Nawawi yang menyatakan penjagaan anggota sulit harus dilakukan untuk menjaga kesempurnaan fungsinya. walaupun apa yang dinyatakan oleh Imam itu untuk penjagaan anggota sulit lelaki, saya berpendapat ia boleh diterima pakai untuk penjagaan anggota sulit perempuan juga. Memandangkan wanita tidak mengenali anggota sulit mereka dengan intim, menyentuhnya dengan tujuan baik dengan menggunakan krim perapi vulva yang sesuai untuknya sudah tentu akan membuatkan anggota itu segar, rapi, sempurna dan lebih responsif ketika perempuan itu sedang berintiman dengan pasanganya. Krim perapi vulva yang say maksudkan itu ialah krim perapi vulva bernama O'MUST yang saya telah rumuskan sendiri dan telah menjalani kajian klinikal dan dermatologikal. Krim perapi vulva ini selamat untuk digunakan setiap hari selepas mandi. Ia ada pelindung semulajadi untuk mencegah kuman, kulat dan kuman virus. Amalan penggunaan krim ini akan membuatkan kulit vulva lembut, segar, terlindung dari kontaminasi kuman, kulat dan kuman virus. Krim ini telah mendapat pendaftaran dari FDA (Federal Drug Authority) USA dan kini telah mendapat pasaran antarabangsa. Dengan penciptaan krim perapi vulva, Krim O'MUST, dianggarkan dapat meningkatkan tahap kesihatan sksual wanita ketahap yang lebih cemerlang dan secara langsung memupuk keharmonian rumahtangga dengan hubungan keintiman yang berkekalan.
0 comments:
Post a Comment